TIPS MENGISI MINYAK KENDERAAN
Assalamualaikum.
Minyak naik harga, jem kan asyik naik harga je minyak pun. Ok as ada tips untuk kita jimatkan minyak, sebab sebelum ni kita main bedal je waktu untuk isi minyakkan. Dulu As sendiri pun tak tahu,bila dah tahu memang tak buat dah la.
1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu
panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda
mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari
tangki minyak anda.Oleh itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin
hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
2. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan
mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.
Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap
keluar bersama-sama petrol.
3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh.
Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti
ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam
tangki yang lebih optimum.
4. Kurangkan beban atau berat kenderaan anda
Buang barang yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau
peralatan kerja anda (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50
kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
5. Periksa tekanan angin tayar anda.
Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar
yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan
penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.
6. Penyelenggaraan
Enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50
peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara
diperiksa secara berkala. Jika malas (terutamanya wanita) boleh hantar ke
bengkel yang bertauliah setiap bulan dan boleh saja suruh mekanik yang periksa.
7. Kelajuan
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman).
Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara
penggunaan minyak.
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10
peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Lihat RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3000 RPM berkemungkinan enjin
anda memerlukan lebih minyak. Sebab itu kelajuan dan kapasiti enjin memainkan
peranan pentin dalam penjimatan minyak.
Dan kalau nak jimat boleh beli kereta tertentu yang mahal kerena teknologi
penjimatan minyak mereka lebih maju berbanding kereta murah.
8. Matikan enjin
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau
menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika
kenderaan tidak bergerak.
9. Penggunaan gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan
tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin
menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta
anda memilikinya.
10. Penggunaan Brek yang betul
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara
beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.
Comments
Post a Comment