TIPS SEDEKAH DI RUMAH ALLAH
ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdullilah , masih diberi kesempatan untuk merasai hari jumaat.
AS sekadar ingin berkongsi tips...Tips Sedekah di Rumah Allah.
This one, some may have done it, some might haven't. Bagi yang dah, saya tabik spring pada anda 😎
Apa tips itu?
Baiklah, kebiasaannya, apabila awak berkunjung ke rumah Allah, awak pergi kat tabung masjid tu semasa masuk ataupun selepas menunaikan yang wajib terlebih dahulu ?
Andai saya lah..
Fikir nak sedekah berapa > selesaikan solat dulu > check wallet ada berapa fulus > belek-belek amaun untuk dihulur > pergi kat tabung > kalau ada hajat, pinta > masukkan duit > selesai sudah amal jariah!
Banyak drama plak 😅
Namun apabila sahabat mengatakan yang kita perlu buat camni bila masuk kerumah Allah:
"Apabila awak masuk masjid. First thing first awak kena buat adalah sedekah. Masaelahnya most people tak buat ni. Ramai orang sedekah last-last minute."
Ergh. Tertembak sih 😱🔫
"Ibaratkan kita pergi ziarah orang sakit. Kita bawak buah tangan kan? Hadiah tu kita bagi last-last or saat bersua muka?" Lanjutnya.
"Mestilah bagi masa mata kita tertancap padanya, betul?"
"Apatah lagi apabila kita menziarahi rumah Allah."
"Hulurkan 'hadiah' waktu langkah mencecah lantai masjid itu."
"Syukur dahulu.
Allah ya Syakur pasti buat awak bertambah-tambah syukur setelah itu."
And this is soo well noted 📝
Sekarang andai pergi masjid, pasti cari tabung dulu.
Pamerkan kesyukuran kepada Dia.
Sebelum sujud tersungkur menyembah-Nya.
Sama-sama kita amalkan ye...
Comments
Post a Comment