Posts

Showing posts from August, 2017

APA ITU HORMON

Image
Assalamualaikum. Tahukah nada kenapa hormon itu penting?Apakah itu hormon? Hormon adalah bahan kimia yang dihasilkan didalam badan untuk mengawal dan menyelaraskan aktiviti sel ataupun organ tertentu. Hormon dirembeskan oleh kelanjer khas dan sangat penting untuk setiap aktiviti kehidupan seperti memberikan isyarat lapar, mengawal suhu badan , menjaga degupan jantung, proses pencernaan , metabolisme, tumbesaran, pembiakan, dan kawalan mood.  Hormon adalah sangat kuat dan berpengaruh kerana gangguan hormon yang sangat sedikit pun boleh menyebabkan perubahan  ketara dalam sel ataupun keseluruhan  sistem badan.   Apabila berlaku rembasan hormon yang terlalu bnayak atau terlalu sedikit, ataupun gnagguan keseimbangan hormon akan menyebabkan gangguan kepada kesihatan badan kita.  Apabila manusia meninggkat, rembasan hormon-hormon tertentu mungkin berkurangan dan akan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Keadaan ini kan menyebabkan masalah kesihatan terganggu sehingga terjad